Sabtu, 17 Disember 2011

SEGALANYA BERMULA DISINI: Dinasti Ayubiyah Mesir & Dinasti Abbasiyah Baghdad Tahun 1254M.

Assalamu'alaikum dan kembali semula.
Aku mulakan penjelasan dengan menampilkan watak yang bergelar Sultan alMalik alMuazzam Ghayathuddin Turanshah. Baginda merupakan pemerintah terakhir bagi Dinasti Ayubiyah Mesir dan juga Khalifah kedua terakhir bagi Dinasti Abbasiyah Baghdad. Menjabat selama lima tahun sejak 1249M hingga pada tahun 1254M. Turun takhta dan meninggalkan Kota Baghdad lalu dinobatkan sebagai Syarif Makkah dengan gelaran Syarif Muhammad Abu Numay I oleh Dinasti Mamluk Mesir. Pengisytiharan ini adalah sebahagian daripada hasil rundingan damai antara pendiri Dinasti Mamluk dengan pewaris terakhir Dinasti Ayubiyah tersebut. Manakala jawatan Khalifah Dinasti Abbasiyah pula diisi oleh sahabat karib Turanshah iaitu Abdullah bin
alMustanshir Billah. Abdullah mula menjabat timbalan khalifah Dinasti Abbasiyah semenjak Turanshah bersemayam di atas takhta Dinasti Ayubiyah lagi. Namun keKhalifahan Abdullah bin alMustanshir Billah tidak bertahan lama apabila Monggolia dibawah teraju kepimpinan Hulagu Khan membinasakan seluruh Baghdad pada tahun 1258M. Menurut sumber sejarah yang sahih, semua kaum-kerabat Khalifah Abdullah bin alMustanshir Billah, mati dibunuh dalam peristiwa tragis itu. Syeikh Ismail asSiddiq seorang sarjana dan ulama' besar Baitul Hikmah di Kota Baghdad, bersama isteri dan puteranya Iskandar Malik sempat menyusup keluar dari Kota Perang itu ke Kota Makkah alMusyarafah untuk berlindung dibawah naungan Syarif Makkah, Muhammad Abu Numay I [Turanshah] yang bertakhta selama empat puluh tujuh tahun di alMukarramah [1254M-1301M]. Iskandar Malik baru menginjak usia sembilan tahun tatkala hijrah dari Kota Baghdad ke Kota Makkah ketika itu. 

Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wa salamu ‘alaikum 
warahmatullahiwabarakatuh.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan