Sabtu, 17 Disember 2011

MISI FASA KEDUA: Pelayaran Dari Kota Makkah alMusyarafah ke Rantau Alam Melayu Nusantara 1301M-1309M

Assalamu'alaikum ikhwan dan akhwat.
Setelah hampir sebelas tahun mengemudi jabatan Syarif Makkah [1290M-1301M], Khalifah Syarif Muhammad Abu Numay I akhirnya kembali semula ke Hulu Terengganu Kuala Berang bersama Syeikh Ismail asSiddiq.

Berikut adalah antara peranan-peranan penting yang telah dilakukan oleh Baginda sepanjang keberadaan di Nusantara:
1301m-1303m = 700h-702h
: memperkemaskan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Nusantara.
: membantu kesultanan-kesultanan Nusantara memahami perlaksanaan perundangan Islam.
: memimpin pengisytiharaan Piagam Batu Bersurat Benua Terengganu dengan hukum qanun Islam
  sebagai dasar pemerintahan Nusantara.

1303m-1309m = 702h-709h
: kedudukan Baginda Khalifah asSyarif adalah pengimbangtara, penasihat, guru & khalifah kepada
  seluruh kesultanan Nusantara, yang kebanyakkannya bernasabkan Arab Bani Hasyim
  (Pemerintah Naga-naga).
: pengikutnya yang setia, Syeikh Ismail asSiddiq mangkat dan dimakamkan
  di Pulau Makam Jenagor, Kuala Berang.
: dan, Baginda Khalifah asSyarif meninggalkan dunia di Kuala Terengganu,
  selepas dua puluh empat tahun (1285M-1309M) melaksanakan amanat RSAW,
  sezaman kemangkatan anak didiknya, Raden Wijaya pendiri Kerajaan Islam Majapahit.

Untuk pengetahun kalian ikhwan dan akhwat,
Beberapa buah kesultanan yang turut muncul di Semenanjung, sezaman dengan Kerajaan Majapahit dan Kesultanan Samudera-Pasai, amat berkait rapat dengan pengkisahan Hikayat Panji Semerang yang bermula di dalam Kerajaan Majapahit!!


Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wa salamu ‘alaikum warahmatullahiwabarakatuh.

MISI FASA PERTAMA: Pelayaran Dari Kota Makkah alMukarramah ke Rantau Alam Melayu Nusantara 1285M-1290M.

Assalamu'alaikum ikhwan dan akhwat.
Perhatikan dua sabda RSAW di bawah ini,
Maka diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera. Sekali persetua pada zaman Nabi Muhammad (RSAW) tatkala lagi hayat hadirat yang maha mulia itu, maka bersabda ia kepada sahabat baginda di Makkah, demikian sabda baginda, “Bahawa ada sepeninggalku wafat itu, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya, apabila ada didengar khabar negeri itu, maka kamu suruh sebuah kapal membawa perkakas alat kerajaan dan kamu bawa ia orang dalam negeri itu masuk agama Islam serta mengucap dua kalimah syahadat. Syahadan lagi akan dijadikan Allah SWT dalam negeri itu terbanyak daripada segala wali Allah jadi dalam negeri itu. Adapun pertama ada seorang faqir di negeri Mengiri namanya, ia itulah kamu bawa serta kamu ke negeri Samudera itu.” Hikayat Raja-raja Pasai Halaman 13.      
Maka tersebutlah pada zaman RSAW bersabda pada segala sahabat, “Pada akhir zaman ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Samudera itu maka segeralah kamu pergi ke negeri Samudera itu. Bawa ia isi negeri Samudera itu masuk kepada agama Islam, karena dalam negeri Samudera itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi adapun seorang faqir dari negeri Ma’abri namanya ialah kamu bawa serta kamu.”  Sulalatus Salatin Halaman 44
Dan perhatikan riwayat di bawah ini,
Syarif Muhammad alBaghdadi dikatakan telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah alMusyarafah. Setelah sekian lama berada di Makkah alMukarramah, Baginda sekali lagi berangkat keluar menuju ke Hadratul Maut Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Kuala Berang Hulu Terengganu.

Ya! Aku ingin menceritakan perihal Syarif Muhammad alBaghdadi yang amat dikenali dengan gelaran Khalifah asSyarif di dalam beberapa manuskrip dan manaqib Islam di rantau Alam Melayu Nusantara. Kian lama, banyak orang cuba menelusuri jurai Abdullah alKamil ibni Hassan alMuthanna ini namun tewas dalam pengkisahan. Dengan tawadhuk dan izin Allah SWT, sekali lagi aku akan jelaskan identiti sebenar arkiterk Batu Bersurat Kuala Berang dan Peti Amal Muhammad alBaghdadi ini.

Ketika mengziarahi khemah-khemah jemaah haji dari Nusantara, Syarif Makkah Muhammad Abu Numay I [Turansyah] telah diberitakan tentang wujudnya sebuah kerajaan Samudera yang dipangku oleh Kesultanan Perlak di Nusantara. Hal ini tentunya mengingatkan baginda tentang sabda RSAW sebagaimana yang telah dirakamkan dalam dua naskah sejarah utama Nusantara di atas. Ternyata hadis itu sahih dan sudah pun menjadi kenyataan atas gerak Allah!! Ia terjadi pada tahun 1285M.

Angkatan Syarif Makkah ke Nusantara diiringi oleh Syeikh Ismail asSiddiq dan puteranya Iskandar Malik ketika itu berumur tiga puluh enam tahun. Terlebih dahulu, pelayaran mereka singgah di Hadratul Maut Yaman lalu mengambil seorang faqir berketurunan alHussein Syuhada Karbala iaitu Sayyid Ahmad Yassin. Faqir inilah dikenali sebagai Faqir Ahmad dan beliau merupakan tonggak utama bagi keluarga cabang Sayidina Hussein ketika itu. Kembara maritim diteruskan sehingga kapal mereka berlabuh di muara Perlak.

Kerajaan Samudera ketika ini sudah hampir tujuh puluh lima tahun tidak ada teraju pemerintahan dan selama itu, ianya dipangku oleh Kesultanan Perlak yang diperintah oleh Sultan Makhdum 'Alaiddin Malik Abdul Aziz Johan Berdaulat; pemerintah ke-18, yang terakhir [1267M-1290M]. Sudah tentu kedatangan angkatan dari Makkah ini disambut baik dan diraikan oleh pemerintah beragama Islam mazhab ahli sunnah wal jamaah itu. Asalnya, Kerajaan Samudera didirikan oleh Sultan Makhdum 'Alaiddin Malik Mahmud Shah Johan Berdaulat; pemerintah ke-9 [1023M-1059M] dengan gelaran Maharaja Samudera. Namun, akibat sengketa dan perebutan kuasa setelah kemangkatan Maharaja ke-4 Nuruddin Sultan alKamil [1155M-1210M], Kesultanan Perlak memangku. Sehinggalah pada tahun 1285M, Iskandar Malik putera kepada Syeikh Ismail asSiddiq diisytiharkan sebagai pemerintah baru bagi Kerajaan Samudera dengan penobatan alat-alat kebesaran dari Makkah. Penobatan alMalikus Salleh tentunya didokong kuat oleh Kesultanan Perlak dan Dinasti Mamluk Mesir (saat ini, Khilafah Turki Uthmaniyah belum lagi wujud).

Sebetulnya, pemasyhuran Iskandar Malik sebagai Sultan alMalikus Salleh pada tahun 1285M, membuka lembaran bagi pembentukan Dinasti alKamil di mana Syarif Muhammad Abu Numay I mula dikenali gelar Khalifah asSyarif Sultan Muhammad alKamil Alam Syah.

Setahun kemudian [1286M], Khalifah asSyarif Sultan Muhammad alKamil Alam Syah menuju ke Muar. Di dalam sejarah tradisi Muar, nama Sultan Muhammad alKamil Alam Syah dianggap satu lagenda. Bahkan, baginda dikatakan berwajah Arab. Tiga tahun selepas itu [1289M], Baginda menerima isyarat untuk menuju ke kawasan yang lebih pedalaman lagi iaitu Hulu Terengganu. Di Kuala Berang, sekali lagi Baginda telah menukar gelarnya kepada Syarif Muhammad alBaghdadi dan ditakdirkan bertemu Raden Wijaya di sana lalu menjadi keluargalah mereka atas dasar akidah Islamiyah. Pada tahun 1290M, sekalian pemerintah kerajaan-kerajaan senusantara berhimpun di Kuala Berang untuk menerima amanat terakhir daripada Khalifah asSyarif sebelum berangkat pulang ke BaituLLah bagi menyambung tugas sebagai Syarif Makkah.

Ada tiga perkara telah tercatat dalam pertemuan ini.
1: Secara rasmi, Majapahit didirikan di atas sebuah kerajaan kecil yang muncul lebih awal oleh anak-anak Bugis. Raden Wijaya telah diperintahkan oleh Khalifah asSyarif untuk mengambil-alih teraju pemerintahan Lembah Bima itu. Seterusnya menyambung wasilah era Islam Kerajaan Singhasari oleh Sri Maharaja Kertanegara; bapa mertua Raden Wijaya.

2: Kerajaan Palembang, Jambi dan Pagar Ruyung dicantumkan dengan Kerajaan Perlak lalu digabungkan dengan Kerajaan Samudera pimpinan alMalikus Salleh, akhirnya membentuk Kerajaan Besar Samudera-Pasai.

3: Peti Amal Muhammad alBaghdadi siap ditempa dengan emas dan perak yang disadur dengan tembaga. Ianya ditempa di Hulu Terengganu dan dibawa pulang ke Makkah oleh Syarif Muhammad Abu Numay I.

Sekali lagi, perjalanan pulang ke Kota Makkah ditemani oleh Syeikh Ismail asSiddiq yang telah dibawa ke Kuala Berang oleh puteranya Sultan alMalikus Salleh dari Kerajaan Samudera.
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wa salamu ‘alaikum warahmatullahiwabarakatuh.


             

SEGALANYA BERMULA DISINI: Dinasti Ayubiyah Mesir & Dinasti Abbasiyah Baghdad Tahun 1254M.

Assalamu'alaikum dan kembali semula.
Aku mulakan penjelasan dengan menampilkan watak yang bergelar Sultan alMalik alMuazzam Ghayathuddin Turanshah. Baginda merupakan pemerintah terakhir bagi Dinasti Ayubiyah Mesir dan juga Khalifah kedua terakhir bagi Dinasti Abbasiyah Baghdad. Menjabat selama lima tahun sejak 1249M hingga pada tahun 1254M. Turun takhta dan meninggalkan Kota Baghdad lalu dinobatkan sebagai Syarif Makkah dengan gelaran Syarif Muhammad Abu Numay I oleh Dinasti Mamluk Mesir. Pengisytiharan ini adalah sebahagian daripada hasil rundingan damai antara pendiri Dinasti Mamluk dengan pewaris terakhir Dinasti Ayubiyah tersebut. Manakala jawatan Khalifah Dinasti Abbasiyah pula diisi oleh sahabat karib Turanshah iaitu Abdullah bin
alMustanshir Billah. Abdullah mula menjabat timbalan khalifah Dinasti Abbasiyah semenjak Turanshah bersemayam di atas takhta Dinasti Ayubiyah lagi. Namun keKhalifahan Abdullah bin alMustanshir Billah tidak bertahan lama apabila Monggolia dibawah teraju kepimpinan Hulagu Khan membinasakan seluruh Baghdad pada tahun 1258M. Menurut sumber sejarah yang sahih, semua kaum-kerabat Khalifah Abdullah bin alMustanshir Billah, mati dibunuh dalam peristiwa tragis itu. Syeikh Ismail asSiddiq seorang sarjana dan ulama' besar Baitul Hikmah di Kota Baghdad, bersama isteri dan puteranya Iskandar Malik sempat menyusup keluar dari Kota Perang itu ke Kota Makkah alMusyarafah untuk berlindung dibawah naungan Syarif Makkah, Muhammad Abu Numay I [Turanshah] yang bertakhta selama empat puluh tujuh tahun di alMukarramah [1254M-1301M]. Iskandar Malik baru menginjak usia sembilan tahun tatkala hijrah dari Kota Baghdad ke Kota Makkah ketika itu. 

Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wa salamu ‘alaikum 
warahmatullahiwabarakatuh.



 

MESEJ PERKENALAN

Assalamu'alaikum ikhwan dan akhwat.
Ini adalah seruan pertamaku kepada kalian untuk bersiap-sedia bagi menggalas misi JIHAD AKHBAR yang bakal bermula tidak lama lagi. Ya! Panji Semerang akan berkibar. Ya! Pemerintah Naga-naga akan disatukan tidak lama lagi. Institusi kesultanan dan raja-raja Islam bernuansakan Darah Naga sedang bangun dan bangkit ketika ini di mana-mana bahagian Nusantara. Kalian harus tahu dan menyedari gelombang kebangkitan ini!! Aku hanyalah pemberi peringatan dan khabar gembira kepada kalian yang ternanti-nantikan isyarat ini sekian lama. Allahu Rabbi! Allahu Allah! DIA Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Permulaan ini, aku akan jelaskan kepada kalian bagaimana kebangkitan ini akan berlaku dan hubungkaitnya dengan sirah kerajaan-kerajaan silam yang pernah muncul di rantau Alam Melayu Nusantara ratusan tahun yang lampau. Allahu Akhbar! Maha Suci ENGKAU Ya Allah!!Segalanya telah pun Engkau tetapkan sejak dari awal alam ini dicipta, hingga ke saat alam ini dijadikan hancur tiada lagi debu-debu yang kelihatan. Digerakkan hamba-hambaNYA dari tanah pusat bumi yang tandus lagi dimuliakan ke tanah bongsu, antara yang terhujung bumi, di akhir zamannya nanti akan lahirlah waliyuLlah as-sohibul zaman. Persiapan DUA KOTA SUCI di Timur Jauh!!!

Khusus kepada kalian ikhwan dan akhwat,
Lepaskanlah hatifikir kalian daripada ikatan sistem penghambaan, kerana ia adalah racun dan tuba dalam kehidupan harian. Ya! Sistem penghambaan yang aku maksudkan adalah DEMOKRASI yang bertuhankan makhluq. Bahkan segala-galanya digantungkan atas keperluan dan kehendak makhluq semata-mata, yang sudah tentu tidak dipandu dengan tegas oleh ilmu wahyu. Berpegang teguhlah kalian akan wasiat Muhammad ibni Abdullah, imam besar ummat manusia. Sungguh! Peringatan tentang al-Quran dan Ittrah [para ulama' kalangan ahli bait RSAW] ini, adalah isyarat jelas dua pusaka peninggalan paling agung untuk kita semua. Usahlah kalian memperolok-olokannya lagi!!!

Akhirul kalam.
Detiknya semakin mendekat. Panji Semerang kini ditangan. Gerak dan diam, mula menyusur akar. Musuh kian menguasai penjuru rantau. Namun kebathilan pasti berkecai, walau disekat arus kebenaran sebuah hakikat.

Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wa salamu ‘alaikum 
warahmatullahiwabarakatuh.