Ini adalah seruan pertamaku kepada kalian untuk bersiap-sedia bagi menggalas misi JIHAD AKHBAR yang bakal bermula tidak lama lagi. Ya! Panji Semerang akan berkibar. Ya! Pemerintah Naga-naga akan disatukan tidak lama lagi. Institusi kesultanan dan raja-raja Islam bernuansakan Darah Naga sedang bangun dan bangkit ketika ini di mana-mana bahagian Nusantara. Kalian harus tahu dan menyedari gelombang kebangkitan ini!! Aku hanyalah pemberi peringatan dan khabar gembira kepada kalian yang ternanti-nantikan isyarat ini sekian lama. Allahu Rabbi! Allahu Allah! DIA Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Permulaan ini, aku akan jelaskan kepada kalian bagaimana kebangkitan ini akan berlaku dan hubungkaitnya dengan sirah kerajaan-kerajaan silam yang pernah muncul di rantau Alam Melayu Nusantara ratusan tahun yang lampau. Allahu Akhbar! Maha Suci ENGKAU Ya Allah!!Segalanya telah pun Engkau tetapkan sejak dari awal alam ini dicipta, hingga ke saat alam ini dijadikan hancur tiada lagi debu-debu yang kelihatan. Digerakkan hamba-hambaNYA dari tanah pusat bumi yang tandus lagi dimuliakan ke tanah bongsu, antara yang terhujung bumi, di akhir zamannya nanti akan lahirlah waliyuLlah as-sohibul zaman. Persiapan DUA KOTA SUCI di Timur Jauh!!!
Khusus kepada kalian ikhwan dan akhwat,
Lepaskanlah hatifikir kalian daripada ikatan sistem penghambaan, kerana ia adalah racun dan tuba dalam kehidupan harian. Ya! Sistem penghambaan yang aku maksudkan adalah DEMOKRASI yang bertuhankan makhluq. Bahkan segala-galanya digantungkan atas keperluan dan kehendak makhluq semata-mata, yang sudah tentu tidak dipandu dengan tegas oleh ilmu wahyu. Berpegang teguhlah kalian akan wasiat Muhammad ibni Abdullah, imam besar ummat manusia. Sungguh! Peringatan tentang al-Quran dan Ittrah [para ulama' kalangan ahli bait RSAW] ini, adalah isyarat jelas dua pusaka peninggalan paling agung untuk kita semua. Usahlah kalian memperolok-olokannya lagi!!!
Akhirul kalam.
Detiknya semakin mendekat. Panji Semerang kini ditangan. Gerak dan diam, mula menyusur akar. Musuh kian menguasai penjuru rantau. Namun kebathilan pasti berkecai, walau disekat arus kebenaran sebuah hakikat.
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wa salamu ‘alaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Wa salamu ‘alaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan