Assalamu'alaikum ikhwan dan akhwat.
Setelah hampir sebelas tahun mengemudi jabatan Syarif Makkah [1290M-1301M], Khalifah Syarif Muhammad Abu Numay I akhirnya kembali semula ke Hulu Terengganu Kuala Berang bersama Syeikh Ismail asSiddiq.
Berikut adalah antara peranan-peranan penting yang telah dilakukan oleh Baginda sepanjang keberadaan di Nusantara:
1301m-1303m = 700h-702h
: memperkemaskan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Nusantara.
: membantu kesultanan-kesultanan Nusantara memahami perlaksanaan perundangan Islam.
: memimpin pengisytiharaan Piagam Batu Bersurat Benua Terengganu dengan hukum qanun Islam
sebagai dasar pemerintahan Nusantara.
1303m-1309m = 702h-709h
: kedudukan Baginda Khalifah asSyarif adalah pengimbangtara, penasihat, guru & khalifah kepada
seluruh kesultanan Nusantara, yang kebanyakkannya bernasabkan Arab Bani Hasyim
(Pemerintah Naga-naga).
: pengikutnya yang setia, Syeikh Ismail asSiddiq mangkat dan dimakamkan
di Pulau Makam Jenagor, Kuala Berang.
: dan, Baginda Khalifah asSyarif meninggalkan dunia di Kuala Terengganu,
selepas dua puluh empat tahun (1285M-1309M) melaksanakan amanat RSAW,
sezaman kemangkatan anak didiknya, Raden Wijaya pendiri Kerajaan Islam Majapahit.
Untuk pengetahun kalian ikhwan dan akhwat,
Beberapa buah kesultanan yang turut muncul di Semenanjung, sezaman dengan Kerajaan Majapahit dan Kesultanan Samudera-Pasai, amat berkait rapat dengan pengkisahan Hikayat Panji Semerang yang bermula di dalam Kerajaan Majapahit!!
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wa salamu ‘alaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan